Kenangan lalu
Langkah seribu bermula daripada langkah yang pertama. Itulah inspirasi kejayaan buat diri saya dan rakan-rakan persekolahan. Setelah hampir 7 tahun meninggalkan sekolah menengah, saya masih merindui kata-kata semangat daripada guru-guru. Sememangnya berlainan dengan proses pengajian di universiti. Demikian.
Guru; Mengajar atau mendidik?
Dewasa kini, kerjaya sebagai guru semakin mencabar. Mungkin juga adakalanya tercabar. Alam persekolahan telah mengalami banyak perubahan yang ketara. Tanya sama guru, apa sebab pokok goyang? Pelbagai reaksi positif dan negatif masyarakat terhadap guru. Terpulang kepada kita untuk menilai amanah dan tanggungjawab seseorang guru. Yang pasti, guru adalah guru. Mengajar dan mendidik. Tiada atau antara kedua-duanya.
Cinta seorang suami
Setelah hampir tiga bulan lebih bergelar sebagai suami kepada seorang isteri. Banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi sebagai transisi perubahan tanggungjawab dan diari kehidupan ini. Gerbang pintu perkahwinan telah membuka mata hati saya tentang keindahan dan realiti sebuah kehidupan yang bernama rumahtangga. Ya, itulah hakikatnya.